Resepi Sup Sayur Campur Simple

Posted by lilyrs 22/03/2016 0 Comment(s) Arkib,Resepi Resepi Resepi,

Resepi Sup Sayur Campur Simple

 

Perkongsian resepi adalah seperti yang dijanjikan dalam post sebelum ni ye. Resepi sup sayur ini memang sangat simple, diet yang sihat serta SEDAP! Yummy!

 

 

sup sayur

Gambar diambil dari http://resepmasakanpedia.com/

 

 

Bahan-bahan

 

1 ikat sawi bunga
 

Semangkuk bunga kobis

 

1 biji lobak merah

 

Sedikit ikan bilis

 

1 biji bawang besar @ 2 biji mawang merah - hiris

 

2 ulas bawang putih - hiris

 

1 biji cili merah

 

Air

 

Minyak kelapa dara untuk menumis

 

 

Cara Masak Sup Sayur Campur

 

Cara 1 - Tumis darat

  1. Masukkan ikan bilis dan air ke dalam periuk dan masak hingga naik bau ikan bilisnya
     
  2. Setelah itu, masukkan sayur-sayuran dan tunggu seminit @ hingga sayur mula layu, tutup api
     
  3. Ambil kuali kecil dan letak lebih kurang 2 sudu minyak kelapa dara. Tumis cili merah, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris hingga kekuningan.
     
  4. Tuang bawang bersama-sama minyak menggoreng ke dalam periuk sayur tadi
     
  5. Akhir sekali, cubitkan sedikit garam.

 

 

Cara 2 - Tumis biasa

  1. Letak sedikit minyak kelapa dara untuk menumis. Setelah minyak panas, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili merah.
     
  2. Goreng hingga kekuningan. Setelah itu, masukkan air. Tunggu mendidih.
     
  3. Setelah air mendidih dan bau ikan bilisnya, masukkan sayur-sayuran.
     
  4. Akhir sekali, cubitkan sedikit garam.

 

Nota - Jenis sayur yang digunakan, boleh ditukar-tukar mengikut selera anda.

 

SELAMAT MENCUBA SEMUA!!

 

Leave a Comment