Tips Merawat dan Mengurangkan Senggugut

Posted by lilyrs 22/02/2016 0 Comment(s) Arkib,

Tips Merawat dan Mengurangkan Senggugut

 

Cara hilangkan senggugut

 

Kebanyakan wanita pasti akan mengalami senggugut dan merasa sakit yang teramat sehingga menyebabkan kita terpaksa menghentikan kebanyakan kerja yang memerlukan fokus yang tinggi. Senggugut merujuk kepada kesakitan pada bahagian abdomen dan juga kadang melibatkan rasa ngilu di bahagian ari ari dan bahagian pinggang ke bawah. Kesakitan ini kebiasaaannya akan mula dirasai sebelum datangnya haid. Tahap kesakitan yang dialami biasanya menunjukkan tahap hormon prostaglandin yang dihasilkan samada berlebihan atau berkurangan.    

 

Kesakitan yang dialami ketika senggugut memang tidak dapat dihilangkan, akan tetapi masih boleh dirawat atau dikurangkan dengan pelbagai cara yang bersesuaian mengikut tahap kesakitan yang dialami dan juga tahap keberkesanannya terhadap tubuh badan individu tersebut.

 

Tips yang perlu diamalkan dan cara hilangkan senggugut ialah :


ELAKKAN
 

  • Pengambilan makanan yang mengandungi tahap garam yang tinggi seperti makanan segera dan sebagainya. Hal ini kerana , radang dan pembengkakkan yang berlaku pada tiub fallopian dan rahim yang disebabkan oleh edema . Pengambilan garam yang rendah akan mengurangkan pengumpulan air dalam badan.

     
  • Pengambilan makanan yang mengandungi lemak tak tepu yang tinggi seperti daging lembu , kambing dan produk tenusu.

    Pengambilan diet yang tinggi kandungan lemak tidak tepu akan menambah tahap kecutan rahim dengan lebih kuat yang seterusnya membawa kepada penambahan rasa sakit yang sedang anda alami.

 

  • Pengambilan minuman yang berkafaein dan berkarbonat terutamanya kopi dan teh.

    Minuman yang berkafaein sudah diketahui umum boleh meninggalkan banyak kesan sampingan kepada badan, maka minuman sebegini sudah semetinya perlu dielakkan ketika anda berada di dalam fasa menentang senggugut.

 

  • Pengambilan minuman yang beralkohol

    Minuman yang beralkohol merupakan minuman yang disebut sebagai taboo dalam masyarakat Malaysia kerana mempunyai pelbagai keburukan berbanding kebaikan . Minuman yang beralkohol mempunyai kandungan asid yang tinggi . Hal ini akan meningkatkan tahap keasidan darah dan seterusnya akan menyebabkan pembengkakan dan radang yang berlaku semakin parah.

 

AMALKAN

  • Pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah yang dikeluarkan oleh UTM adalah sangat bagus dan tulen.

     
  • Rutin seperti tuam bahagian yang sakit dengan kain yang telah dicelup dengan air panas . Hot pad juga boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit ketika senggugut . Penggunaan seterika juga merupakan cara yang lebih mudah memandangkan cara penggunaannya sangat ringkas tetapi pastikan anda mengalas dahulu bahagian perut anda untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini .

 

  • Pengambilan diet yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi . Hal ini kerana , kalsium dapat membantu anda dalam mengurangkan rasa tegang serta dapat mengimbangi kandungan cecair yang ada didalam badan .  

 

  • Senaman rutin secara berkala. Senaman rutin yang dilakukan, selain daripada dapat mengekalkan tahap kecergasan badan ketika mengalami senggugut, senaman rutin juga dapat membantu dalam menghasilkan endorphine yang menyerupai morphine. Endorphine merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan untuk melegakan sebarang kesakitan . 

 

 

Sebelum mengikuti tips tips yang diberikan, anda juga perlu mengambilkira ketahanan diri untuk mengamalkan tips yang telah dicadangkan . Jika skala kesakitan anda mencecah ke skala 5 ataupun rasa sakit anda semakin berlarutan , anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar yang lebih arif ataupun doktor. Semoga artikel ini dapat mengembalikan keceriaan di hari hari anda.

Tags: Senggugut

Leave a Comment